Rawatan Sakit Urat Saraf: Sakit Belakang

Cari Perkataan

Sakit Belakang

Apa itu sakit belakang dan puncanya?

Sakit belakang ditafsirkan dengan sakit di bahagian belakan badan, bahu, tengkuk, paha dan bahagian belakang lutut serta betis. Kebiasaanya kekejangan atau keradangan urat menyebabkan otot berasa sakit dan menyebabkan bahagian belakang yang penuh dengan urat saraf tersebut bertindak balas dengan sakit yang dialami.

Sakit belakang yang hilang dalam 2-3 hari dikategorikan biasa tetapi jika sakit belakang yang berpanjangan hingga berminggu-minggu & beralih sakitnya ke bahagian bawah seperti sakit pinggang, pinggul & paha dikategorikan sebagai sakit belakang tahap sederhana.

Manakala rasa sakit di bahagian tengkuk, tulang belakang dan pinggang/punggung yang berpanjangan lebih daripada enam minggu hingga tiga bulan boleh ditafsirkan sebagai sakit belakang kronik.

Sakit belakang berpunca daripada kecederaan di bahagian otot, URAT saraf, tulang, sendi atau struktur lain pada tulang belakang. SEBAB paling utama dikenalpasti adalah masalah neurologi atau bahasa mudahnya masalah urat saraf.

Hampir semua orang mengalami sakit belakang. Tapi bila diambil paracetamol atau ubat tahan sakit dan berehat, lama kelamaan kesakitan itu akan hilang tetapi hanya bersifat sementara. Disyorkan untuk mengambil pil herba urat saraf, dapat merawat masalah urat yang biasa mahupun kronik. Lihat info mengenai pil herba tersebut di sini (klik). Tanpa memerlukan pembedahan, pil urat mampu merawat sakit belakang dengan berkesan.

Kecederaan itu disebabkan pekerjaan atau perbuatan berterusan hingga menjejaskan kesihatan tulang belakang. Biasanya ia berlaku kepada mereka yang melakukan sesuatu kerja untuk tempoh yang lama seperti pemandu lori, mengangkat bebanan berat dan juga tidak mempraktikkan kesihatan ergonomik dalam perbuatan seharian.
Rasa sakit itu mungkin seperti dicucuk-cucuk, rasa sengal atau berdenyut, mungkin untuk tempoh yang panjang atau sekali sekala.

Ia juga mungkin dirasai pada satu tempat atau merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Jenis sakit belakang yang kerap menyerang lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun adalah sakit sendi dan slipped disc atau disc tergelincir.

Mengikut kajian, bagi mereka yang berusia antara 40 hingga 50 pula kerap mengalami sakit sendi faset. Manakala bagi lelaki berusia 60 hingga 70 tahun pula biasa mengalami spinal stenosis.


Jenis-jenis sakit belakang:

1. Slipped disc - disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc) yang juga dikenali sebagai disc intervertebral. Dalam istilah perubatan ia disebut spinal disc herniated/ prolapsed. Disc intervertebral boleh diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut (nucleus polposus). Jelasnya, kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disc intervertebral.

2. Ankilosing spondilytis - merupakan sejenis artritis yang menjejaskan tulang belakang. Simptom termasuk kesakitan daripada leher hingga ke bahagian tulang bawah. Sakit tulang belakang jenis ini menjejaskan hingga 0.1 hingga 0.5 peratus orang dewasa. Biasanya kerap berlaku di kalangan lelaki berusia antara 20 hingga 30an. Ia jarang berlaku di kalangan wanita dan jika ada sekali pun, tidak begitu serius.

3. Sakit sendi faset- Adalah masalah yang jarang berlaku dan ia boleh menjejaskan bahagian bawah serta leher. Boleh menyebabkan simptom serius dan mengundang kecacatan kekal kepada pesakit. Bagaimanapun, masalah sendi faset jarang melibatkan saraf tulang belakang.

4. Spinal stenosis - Keadaan dimana saluran spinal mengecil dan menekan saraf spinal. Ini biasanya melibatkan kemerosotan spinal disebabkan penuaan. Kadangkala ia juga berpunca daripada disc tergelincir, osteoporosis atau tumor. Spinal stenosis boleh melibatkan kawasan cervical (tengkuk), torasik atau lumbar spinal. Jika ia berlaku di kawasan lumbar boleh menyebabkan kesakitan di bahagian bawah juga rasa kelainan di bahagian kaki, paha, tapak kaki atau punggung. Kadang kala ia juga boleh menjejaskan kawalan pundi kencing dan usus.

5. Sindrom myofasial - Berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasai. Ia diikuti sakit pada bahagian tertentu yang menyucuk.

6. Sindrom kauda equana - Kesakitan di bahagian bawah termasuk punggung, paha dan kaki. Juga berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasa. Boleh melibatkan penekanan di bahagian kelamin, menjejaskan kawalan pundi kencing dan sistem usus.

Tanda-tanda utama sakit belakang adalah rasa sakit di bahagian pinggang yang menjalar ke punggung, paha dan seterusnya ke betis. Ada juga pesakit yang rasa sakit dan kebas mencucuk hingga bahagian betis, paha dan kaki.

Pada peringkat permulaan sakit, ia lebih bersifat mekanikal di mana bagi individu yang melakukan kerja berat akan mengalami rasa sakit. Selepas mengambil paracetamol atau ubat penahan sakit dan berehat, sakit itu akan beransur hilang tetapi hanya bersifat sementara. Penahan sakit bukan rawatan sakit belakang, hanya penghilang deria sakit.

Pada peringkat kedua, setiap hari pesakit akan merasa sakit. Walaupun berehat dan mengambil penahan sakit, kesakitan masih dirasai..

Sakit itu berlanjutan hingga menekan saraf sakrum dan menjejaskan keupayaan seksual. Bukan setakat itu, ia juga menjejaskan fungsi pundi kencing menyebabkan pesakit gagal mengawal pembuangan air kencing dan juga besar.

Jika keadaan ini berlaku pesakit memerlukan rawatan segera. Bagi pesakit peringkat sederhana mahupun yang kronik boleh mencuba kaedah rawatan dengan pil urat, boleh dapatkannya disini atau menghubungi 0173922805

Cari Perkataan

Ruangan komen melalui Facebook

Komen di blog

Comment Form is loading comments...